BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 18 Disember 2009

Mujur Nasi Tak Menjadi Bubur

Kalau nasi nak dijadikan bubur saya yakin ramai yang mampu melakukannya,namun untuk mengubah bubur agar menjadi nasi , pasti yang ramai mengaru kepala ! Malah bila nasi sudah menjadi bubur , ikan panggang , sambal belacan , air asam malah gulai semilang pun sudah tidak mampu mengubat hati yang luka . Mahu tak mahu , nasi perlu ditanak lain . Sementara menanti nasi mendidih , bolehlah bubur menjadi pengalas perut . Itu pun kalau ada ikan masin bagi menambah sedikit kelazatan menjamah bubur . Rasa macam orang tengah demam kuat pulak bila makan bubur berlaukkan ikan masin ! Tapi lebih malang kalau beras dalam tempayan pulak dah habis..maka sambal belacan,ikan panggang ,gulai semilang dan air asam tadi ...?? Entah la..
Itulah yang bakal terjadi kepada Parlimen Malaysia beberapa hari yang lalu semasa pengundian meluluskan bajet 2010 . Para ahli parlimen bagai terlupa bagaimana ADUN - ADUN BN di Negeri Perak berhempas pulas memastikan pembentangan bajet Negeri Perak 2010 dapat diluluskan di DUN Perak . 66 vs 63 , hanya 3 undi memisahkan kerajaan BN daripada terpaksa berhadapan dengan pembubaran kerajaan BN sekiranya bajet 2010 tidak berjaya mendapat kelulusan . Mujurlah keprihatinan dan kesungguhan PM dan TPM untuk memastikan kejayaan bajet itu . Mereka hadir dan turut mengundi . Bayangkan jika kedua - dua PM dan TPM tidak hadir dan sibuk dengan urusan rasmi yang lain saya percaya kita sekarang sedang bersiap - siap untuk pilihanraya umum.
Teorinya , PM dan TPM biasanya akan turut diiringi oleh beberapa ahli parlimen dalam majlis - majlis rasmi kerajaan . Ini bermakna , kehadiran PM dan TPM ke parlimen pada hari itu turut membawa bersama beberapa 'undi' dari ahli parlimen yang mengiringi mereka . Bayangkan jika mereka tidak hadir ke parlimen ? Saya secara teori yakin undi BN bukan 66-2 = 64 , tetapi barangkali menjadi 66 - 2 - 2 ( nilai terkecil yang kita bayangkan ) = 62 . Jika inilah yang berlaku , ini bermakna undian bajet pada malam itu akan menjadi 62 BN dan 63 pembangkang. Jueteru kerajaan BN tidak dapat menggunakan bajet kewangan untuk tahun 2010 dan sudah tentu parlimen terpaksa dibubarkan.
Dalam sibuk PM mengadakan KPI kepada menteri dan ahli parlimen BN , masih ada yang mengambilnya sambil lewa . Malah melupakan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dan juga kerajaan BN sendiri yang telah memilih mereka sebagai calon ahli parlimen dalam PRU 12 yang lalu . Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa dalam insiden ini , tetapi sebagai menterjemahkan rasa kebimbangan terhadap nilai tanggungjawab segelintir ahli parlimen BN yang leka . Rakyat sedang menilai kita , komitmen kita dan kesungguhan kita dalam membela masa depan rakyat .
Harapan seluruh rakyat yang masih yakin dan percaya dengan kewibawaan BN adalah agar perkara seperti ini tidak berulang lagi . Sejarah sebegini tidak wajar menjadi catatan kepada sebuah bangsa yang sentiasa mengakui bahawa kita sudah semakin matang dan maju.

3 ulasan:

  1. Sebenarnya ini lah para pemimpin BN/UMNO...mereka masih tidak sedar bahawa dalam PRU yang lepas parti mereka hampir di sepak ke dalam tong sampah bila mana pengundi mula terasa jijik untuk memangkah BN/UMNO.

    Mungkin kita boleh kata pengundi nak ajar mereka tetapi, mereka ni jenis tak makan di ajar, mungkin hati dah tertutup kerana banyak sangat makan duit tepi.

    Elok lah para pengundi yang bergenarasi muda pada masa depan tengok dan nilai lah calon dulu sebelum menurunkan undi.Tak payah takut cerita hantu kalau tak undi UMNO melayu akan berpecah...puak UMNO pon bergaduh..lepas tu mereka cerita pasal melayu tak bersatu dan suka gaduh...kalau tak percaya tanya tok raja dan tok hamzah...

    P/s mari lah mengundi di blog tabuan, tabuan nak KPI dato hamzah...keputusan akan di hantar ke BLOG 1malaysia, ke facebook dato najib, ke ketua pemuda/putri larut...

    BalasPadam
  2. salam....

    penyakit tidak hadir dewan ni bukan penyakit baru... ianya telah sebati dengan umno@bn...

    tak percaya....? lihat saja masa persidangan bahagian, perhimpunan agong... masa perasmian dan sebelum pengundian penuh sesak dewan lepas mengundi tak kira g2(pemuda) g7 (bahagian) lepas dijamu makan habis lintangpukang pakat balik.... masa perbentangan usul dan perbingangan tentang halatuju parti yang lebih penting dari mengundi memilih wakil ke perhimpunan agong banyak kerusi dari perwakilan...

    semangat inilah yang dibawa oleh para ahli parlimen umno pada malam 14hb yang lalu, pada mereka mungkin kepentingan peribadi lebih utama dari kepentingan negara dan rakyat.

    selepas ini pm pertu lebih tegas dengan ap bn yang suka ponteng ini dan tindakan yang tepat adalah tidak lagi mencalon semula untuk mewakili umno@bn dalam pru 13 nanti.... masih ramai calon yang boleh diketangahkan.... kp larut pun boleh..


    wassallam..

    BalasPadam
  3. Tuan..
    Mungkin MP MP ini masih di buai mimipi gelombang 2004...tak hadir Parlimen pun bajet boleh lulus...bukan setakat MP MP...di peringkat bahagian pun sama macam tu jugak, mungkin disebabkan dah berkhidmat terlalu lama.. jadi apa kata hadkan khidmat MP MP kepada 2 penggal saja.
    Md Saad

    BalasPadam