BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 9 Disember 2009

Nga Kor Meng Kurang Ajar Lagi

RM 748.26 juta dijadikan isu oleh Nga sebagai satu jumlah yang melampau kerana kerajaan BN /UMNO telah belanjakan untuk pembinaan masjid sejak tahun 2000 hingga 2008 melibatkan 611 buah masjid. Bagi saya , jangankan RM 748.26 juta , malah kalau RM 748.26 billion sekalipun , Nga tidak berhak untuk pertikaikan !!!
KURANG AJARRRR!!!!

Perlembagaan Persekutuan telah menyebut bahawa Islam adalah AGAMA RESMI negara ini , sementara agama - agama lain dibenarkan untuk diamalkan tanpa sebarang halangan . Faham atau tidak Ahli Parlimen Taiping ini tentang maksud agama resmi ? Sempatkah Nga berfikir dan melihat negara lain di dunia yang turut membenarkan penganut agama lain selain dari agama resmi negara untuk beribadat dan menjalankan upacara keagamaan seperti mana yang dibenarkan oleh Orang Melayu di Malaysia ? Saya amat jijik memikirkan sifat tamak dan keterlaluan para pemimpin DAP yang semakin bersikap kurang ajar . Sedarlah wahai Nga , berapa ramaikah orang Melayu yang mengundi beliau berbanding kaum Cina sendiri ? jangan jadi seperti kaduk naik junjung , umpama melepas anjing tersepit . Orang Melayu di taiping bukan sedikit yang mengundi Nga pada PRU 12 yang lalu . Nga seharusnya menghormati Orang Melayu dengan tidak mempertikaikan soal pembinaan masjid di negara ini . Malah kalau mahu dikira jumlah masjid dan rumah ibadat lain secara nisbah penganut agama masing - masing , masjid yang dibina adalalanya masih belum cukup untuk menampung jemaah yang ada di sesebuah tempat.

Nga harus merenung dan berfikir , masjid digunakan secara sepenuhnya sepanjang hari . paling kurang pun , 5 kali sehari semalam yang melibatkan masjid di seluruh Tanah Air.. Bolehkah Nga memberikan mana - mana rumah ibadat lain yang turut digunakan seperti mana masjid . malah masjid adalah pusat untuk mengimarahkan rasa saling hormat dan mengenali sesama masyarakat . Saya percaya fungsi dan penggunaan masjid setiap hari adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding rumah ibadat lain dan melibatkan jumlah kehadiran yang juga jauh lebih tinggi .


Nga harus faham dan menyelidik fakta ini . Bukan dengan menghentam sesuka hati tanpa melihat fakta sebenar . Nga boleh membina seberapa banyak rumah ibadat lain yang dia fikir perlu , tetapi mampukah Nga memastikan rumah ibadat yang dibinanya itu mampu berfungsi seperti mana masjid milik orang Islam ? Kerajaan BN sudah memikirkannya dan pemimpin kaum lain seperti MCA , MIC terutamanya tidaklah sebodoh yang Nga fikirkan . Mereka faham soal fungsi masjid dan keperluannyua kepada penyatuan umat Islam demi kebaikan negara ini .


Jadi...... Nga jangan KURANG AJAR !!!!!

12 ulasan:

  1. Nga Kor Ming memang kurang haja!!! Dulu dia besa baca ayat Quran.... la ni nak pertikai hal peruntukan masjid pulak??? Apa la punya "ustad" ni???

    BalasPadam
  2. Dalam hal ini saya tidak mengatakan wakil DAP ini kurang ajar atau pon biadap, perbuatan beliau adalah betul kerana beliau mewakili kaum beliau dan beliau perlulah memperjuangkan hak-hak kaum beliau dan mengketengahkan suara kaum beliau.

    Tindakan beliau sama sekali tidak kurang ajar.


    Dalam kehebatan Melayu memberi amaran dan warning, mereka terus memperolehi apa yang mereka inginkan. Keadilan sosial yang mereka perjuangkan demi kepentingan kaum mereka sudah diperolehi sedikit demi sedikit. Misalnya tuntutan agar memansuhkan ISA sudah diperolehi bila mana kerajaan telah membuat pindaan.

    Begitu juga dengan DEB yang dilihat mendiskriminasikan mereka telah dirombak hasil daripada perjuangan mereka. Hak-hak keistimewaan Melayu menerusi DEB sudah pun dikurangkan. Terbaru ialah desakan DAP agar BTN dibuabrkan untuk tidak menjadi bilik indoktrininasi kepada Umno.

    Apa guna nya tuan memberi amaran dan warning dari masa ke semasa. Kata-kata, “jangan main api”, “jangan biadap”, “sedar diri”, “ini peringatan terakhir”, “jangan cabar Melayu”, dan sebagainya tidak langsung memberi bekas.

    Memijak gambar, membakar gambar, itu hanya tindakan budak berstatus tabika, yang lahir dari akal yang tak cerdik.

    Ok kita bayangkan jika cina Di Batu Kurau Tiada...

    1.Orang Melayu nak buat rumah susah, sebab nya di batu kurau 4 buah kedai hardware semua kepunyaan cina.

    2. Kontraktor kelas F, sama ada yang ada lesen atau pon yang sewa lesen peladang pon akan susah, kerana tak dak barang.

    3.Kontraktor Melayu akan jatuh bankrap kerana tak boleh nak jual projek, nak sub projek kepada cukong cina.

    4.Orang batu kurau satu larut akan lapar kerana semua supplyer beras, adalah cina.

    5. Durian kut kampung tak laku, kerana tak toke nak beli.

    6.Pisang yang dema dok tanam di bukit pon tak laku. tak tokey nak beli.

    7.Orang kampung tak boleh makan ikan, tak percaya tengok time raya cina.

    Kalau ikut nak tulis panjang lagi...cukup sikit2

    yang bagi rosak orang Melayu hari ini bukan nya DAP tapi pemimpin UMNO, walaupon bukan semua tapi para pemimpin UMNO, cth nya..pinjaman Tekun.

    Yang paling ramai dapat pinjaman adalah ahli UMNO, termasuk ketua cawangan, ajk dan sebagai nya.
    Mereka lah paling ramai yg tak bayar, terutama sekali ketua cawangan, dan AJK.
    Yang jadi mangsa Orang melayu lain yang nak tumpang pinjam, nak berniaga...bukan kah Puak UMNO yang buat naya ke bangsa nya sendiri.

    BalasPadam
  3. hak adalah hak tabuan..
    anda kononnya ingin memberi pandangan yang lain tapi hakkat tetap hakikat..
    tak usahla kata nak beli bata ke beras ke apa ke..kalau kita tak jual mereka pun tak untung..
    kalau kontraktor kelas F tak beli diorg nak berniaga kat sapa?

    anda hanya kenal ramai orang UMNO dapat tekun dan sebagainya..nuh bersepah kat luar sana orang2 PAS dapat..tak bising pun..
    malah depa boleh kata sokong pembangkan pun dapat..aku kenal sebab depa adik beradik aku..
    dok jual kat pekan selasa..semua ahli PAS tuh..

    UMNO mmg tidak sempurna..
    tapi inilah parti terbaik buat masa ini..
    atau anda lebih rela pangkah DAP dari UMNO..
    itu terpulang..Allah kan menilainya..

    sesungguhnya DAP adalah musuh kita islam yang amat nyata..kerana apa? anda sendiri ada jawapan nya...

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  4. pemuda kg paya..saya bercakap hal org melayu..bukan yang Org UMNO atau Org PAS...sebab saya hanya kenal org melayu..

    tapi heran mcm mana tuan kenal org itu org pas atau org umno..ada cop kat dahi kerr..:)

    Kalau atap masjid kg paya bocor org nak sembahyang, nak beli kat mana penampal tap tersebut...tak kan nak gi motong ambik susu getah gi sapu tak pon getah pokok terap buat tampong atap kut....mesti gi kedai agong juga kan...itu masalah kecil jerr tapi kena harap cina juga...

    BalasPadam
  5. Alamak..satu adik beradik & keluarga..memang kita kenal la..kalau dah masuk rumah pun tergantung gambar Niz ajis & Hadi..tak tau la sokong Najib pulak kan..kita orang kampung..orang dah tau orang bulan dengan dacing..tapi politik je..tak jadi masalah la..

    bila pulak Tabuan cakap pasal orang melayu..terang2 pasal UMNO dapat Tekun la..ketua cawangan tak bayar balik lah...orang UMNO buat naya bangsa..tu apa plak tuh...


    kampung paya ada surau je..masjid kat masjid al kurawi la..itulah hakikat sekarang..
    tak pasti kalau PAS boleh bukak satu kedai jual benda2 ni..ni masalah orang melayu..kalau kita tak sedar lagi tak tau la..UMNO ke PAS ke..sama ja..kita tetap orang melayu dan islam..kita pun nak tgok orang2 melayu dalam PAS berjaya juga..
    bukan cakap dan condem ja..

    Orang2 cina dah diasuh dari kecil bahawa mereka bukan orang asal Malaysia..dan mereka menekankan ilmu dalam setiap anak2 mereka..kita orang melayu harapkan kerajaan..nak keja dengan Gomen..bantuan mintak gomen..usaha tak mau..salah UMNO kah tu..salah kita orang melayu yang tak nak berubah..

    Tabuan..bukak kedai hardware kat batu kurau satu..

    pemuda kpg paya

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  6. nampaknya tabuan ni memang dah terpesong fikirannya kerana dah ditanam bahawa UMNO itu semua tak betul . walau pun dah terkena batang hidung bangsa sendiri . bagi tabuan UMNO sahaja yang salah . Inilah pemikiran yang dibawa oleh DAP yang mahu memecah belahkan orang Melayu , sampai soal masjid dan tokong pun boleh jadi UMNO yang salah . walau UMNO bermatian pertahankan masjid dan hak Melayu , yang betul tetap kaum lain walaupun mereka mempertahankan tokong dan kuil. Konon bersifat terbuka , Atartuk di Turki pun macam ni la, akhirnya ke mana perginya Islam..
    Aku tak fikir tabuan mahu faham..

    Chaklengpong

    BalasPadam
  7. salam

    sebenarnya tabuan ni bagus jugak
    cuma kadang2 kita marahkan sesuatu..nak tunjuk kat orang lain..UMNO je la mangsanya..
    padahal boleh tanya la sapa anak2 PAS tak masuk U,Poli,MRSM,SBP dan sebagainya..UMNO kalau jahat anak2 UMNO je la masuk kat situ...

    Nak tanya pada Tabuan tentang Adil dan zalim dalam islam dia paham tak..Tabuan tolong jawab..

    Kita bangsa yang selalu dimanja2..tiba masanya kita berdiri sendiri..kalau aku selalu jumpa orang kampung..tanya kerja mana..sure di balas kenapa tak masuk kerajaan..?walaupun ada ahli keluarga aku orang besar dalam kerajaan...mentaliti kita masih jauh..

    ayuh generasi muda..kita bina melayu dan islam yang mampu berdiri sendiri..


    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  8. Kepada semua orang larut Matang & Selama supaya kita mengundi di ruang ini untuk menunjukan bahawa kita berpuas hati atau pon tidak dengan dato Hamzah sebagai Ahli Parlimen Larut dan juga timbalan menteri perumahan.Undian ini boleh di kira sebagai kita KPI kan dato Hamzah..

    Sila ke Blog tabuans.blogspot.com untuk membuat undian...sambil berbahas tentang tajuk tersebut

    BalasPadam
  9. slam.lama juga sy xbuka laman ni.bl sy baca comment tabuan ni ada betul & ada slh nya.yg btl tu bl tabuan kata bab hardware atau lbh tepat bab ekonomi.cuma sy rs tabuan ni blh d kategori kan dlm kelopok hanya pdai ckp sj atau lbh tepat tong kosong.klu btl la tabuan ni mahu prubahan thadap org melayu,apakah daya usaha tabuan?bab tekun ni sy nak bg tau la kat tabuan.utk pgatahuan tabuan org pas & pkr yg xbyr.peg2 tekun wat keja ngan btl dah.ctoh mcm md shah.dia ni kp pas.tp pjam tekun xnak byr.apa hukum tu htg xnak byr?lg pun wat pgatahuan tabuan tekun ni utk org2 umno sj.duit tu utk org umno.tp org2 umno xkisah.xpe la bg la kat org2 pas tu sama atas dasar ORG MELAYU.sy hrp tabuan ni bg la pdangan bkn tau hentam sj k.jd kita sama2 pjuangkan utk bangsa & agama.kita jgn tanya apa kjaan bg kat kita sblik nya kita kena tanya pd diri kita apa sumbangan kita pd negara,agama & bangsa kita.

    BalasPadam
  10. umno sendiri xperjuangkan islam..kunun nk jd hero..bekas ex-pm tun mahathir sendiri persendakan ayat al-quran,knapa ahli2 umno xkata kurang ajar????? suma penakot..masing2 nk jg periuk nasi...pemimpin umno jgk yng mempersndakan hukum hudud..bukankah itu lg kurng ajar?? pikiaq la ckit ah;li umno oi!!!!!!jgn dok jd bodo sngt..

    BalasPadam
  11. 1.tun mahathir persenda ayat Al - Quran ? tolong bagi bukti sat.
    2. hukum hudud? perak dah buat hukuman rotan pesalah minum arak. Selangor dengan Kelantan bila lagi?

    chaklengpong

    BalasPadam
  12. HA2..kata2 orang2 PAS zaman 90an ada lagi ka
    Dia ingat islam ni hudud saja ka?
    bila plak Tun M hina Al-Quran?
    tu semua isu PAS dulu2 la..
    wujud lagi puak2 macam ni..

    PAS & DAP....
    perjuangan untuk musnah islam atau memartabat?

    BalasPadam