BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 18 Disember 2009

Mujur Nasi Tak Menjadi Bubur

Kalau nasi nak dijadikan bubur saya yakin ramai yang mampu melakukannya,namun untuk mengubah bubur agar menjadi nasi , pasti yang ramai mengaru kepala ! Malah bila nasi sudah menjadi bubur , ikan panggang , sambal belacan , air asam malah gulai semilang pun sudah tidak mampu mengubat hati yang luka . Mahu tak mahu , nasi perlu ditanak lain . Sementara menanti nasi mendidih , bolehlah bubur menjadi pengalas perut . Itu pun kalau ada ikan masin bagi menambah sedikit kelazatan menjamah bubur . Rasa macam orang tengah demam kuat pulak bila makan bubur berlaukkan ikan masin ! Tapi lebih malang kalau beras dalam tempayan pulak dah habis..maka sambal belacan,ikan panggang ,gulai semilang dan air asam tadi ...?? Entah la..
Itulah yang bakal terjadi kepada Parlimen Malaysia beberapa hari yang lalu semasa pengundian meluluskan bajet 2010 . Para ahli parlimen bagai terlupa bagaimana ADUN - ADUN BN di Negeri Perak berhempas pulas memastikan pembentangan bajet Negeri Perak 2010 dapat diluluskan di DUN Perak . 66 vs 63 , hanya 3 undi memisahkan kerajaan BN daripada terpaksa berhadapan dengan pembubaran kerajaan BN sekiranya bajet 2010 tidak berjaya mendapat kelulusan . Mujurlah keprihatinan dan kesungguhan PM dan TPM untuk memastikan kejayaan bajet itu . Mereka hadir dan turut mengundi . Bayangkan jika kedua - dua PM dan TPM tidak hadir dan sibuk dengan urusan rasmi yang lain saya percaya kita sekarang sedang bersiap - siap untuk pilihanraya umum.
Teorinya , PM dan TPM biasanya akan turut diiringi oleh beberapa ahli parlimen dalam majlis - majlis rasmi kerajaan . Ini bermakna , kehadiran PM dan TPM ke parlimen pada hari itu turut membawa bersama beberapa 'undi' dari ahli parlimen yang mengiringi mereka . Bayangkan jika mereka tidak hadir ke parlimen ? Saya secara teori yakin undi BN bukan 66-2 = 64 , tetapi barangkali menjadi 66 - 2 - 2 ( nilai terkecil yang kita bayangkan ) = 62 . Jika inilah yang berlaku , ini bermakna undian bajet pada malam itu akan menjadi 62 BN dan 63 pembangkang. Jueteru kerajaan BN tidak dapat menggunakan bajet kewangan untuk tahun 2010 dan sudah tentu parlimen terpaksa dibubarkan.
Dalam sibuk PM mengadakan KPI kepada menteri dan ahli parlimen BN , masih ada yang mengambilnya sambil lewa . Malah melupakan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dan juga kerajaan BN sendiri yang telah memilih mereka sebagai calon ahli parlimen dalam PRU 12 yang lalu . Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa dalam insiden ini , tetapi sebagai menterjemahkan rasa kebimbangan terhadap nilai tanggungjawab segelintir ahli parlimen BN yang leka . Rakyat sedang menilai kita , komitmen kita dan kesungguhan kita dalam membela masa depan rakyat .
Harapan seluruh rakyat yang masih yakin dan percaya dengan kewibawaan BN adalah agar perkara seperti ini tidak berulang lagi . Sejarah sebegini tidak wajar menjadi catatan kepada sebuah bangsa yang sentiasa mengakui bahawa kita sudah semakin matang dan maju.

Khamis, 17 Disember 2009

Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia

Tahniah kepada pasukan bolasepak kebangsaan diatas kejayaan merangkul kejuaraan bolasepak Sukan Sea di Laos sebentar tadi . Kejayaan yang kita nantikan selama 20 tahun . Saya masih ingat lagi waktu terakhir pasukan negara menjuarai Sukan Sea ketika kita menjadi tuan rumah pada 1989 dahulu . Satu kejayaan yang tidak dapat dilupakan . Selepas itu , kita terus menanti kebangkitan pasukan negara dalam pelbagai kejohanan termasuk Sukan Sea . Namun kita sering gagal . Tahniah kepada jurulatih negara K Rajagopal yang bijak menyusun strategi hingga memerangkap strategi Vietnam . Kesungguhan para pemain juga harus diberikan pujian , lantaran semangat juang mereka yang cukup tinggi dalam perlawan akhir tadi .
FAM seharusnya memberikan ganjaran yang setimpal diatas usaha kuat mereka hingga berjaya membawa pulang pingat emas untuk negara . Walaupun ganjaran bukanlah misi perjuangan skuad negara kerana mereka dilihat benar - benar bermain mati - matian untuk kemenangan negara , namun ianya adalah sebagai ucapan terima kasih dan kebanggaan buat skuad bawah 23 tahun ini dari seluruh rakyat Malaysia.
Semoga kemenangan ini dapat menamatkan kemarau piala bolasepak negara yang sudah lama terbenam selapas era Mokhtar Dahari dan rakan seangkatannya . Tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana doa kita semua , Allah memberikan kemenangan ini untuk kita kongsi menjelang Tahun Baru Hijrah esok. Malaysia Boleh ! 1 Malaysia!

PROGRAM RIADAH KP DUN BATU KURAU BERSAMA YB KAPT DATO' NAJMUDDIN





Rabu, 9 Disember 2009

Nga Kor Meng Kurang Ajar Lagi

RM 748.26 juta dijadikan isu oleh Nga sebagai satu jumlah yang melampau kerana kerajaan BN /UMNO telah belanjakan untuk pembinaan masjid sejak tahun 2000 hingga 2008 melibatkan 611 buah masjid. Bagi saya , jangankan RM 748.26 juta , malah kalau RM 748.26 billion sekalipun , Nga tidak berhak untuk pertikaikan !!!
KURANG AJARRRR!!!!

Perlembagaan Persekutuan telah menyebut bahawa Islam adalah AGAMA RESMI negara ini , sementara agama - agama lain dibenarkan untuk diamalkan tanpa sebarang halangan . Faham atau tidak Ahli Parlimen Taiping ini tentang maksud agama resmi ? Sempatkah Nga berfikir dan melihat negara lain di dunia yang turut membenarkan penganut agama lain selain dari agama resmi negara untuk beribadat dan menjalankan upacara keagamaan seperti mana yang dibenarkan oleh Orang Melayu di Malaysia ? Saya amat jijik memikirkan sifat tamak dan keterlaluan para pemimpin DAP yang semakin bersikap kurang ajar . Sedarlah wahai Nga , berapa ramaikah orang Melayu yang mengundi beliau berbanding kaum Cina sendiri ? jangan jadi seperti kaduk naik junjung , umpama melepas anjing tersepit . Orang Melayu di taiping bukan sedikit yang mengundi Nga pada PRU 12 yang lalu . Nga seharusnya menghormati Orang Melayu dengan tidak mempertikaikan soal pembinaan masjid di negara ini . Malah kalau mahu dikira jumlah masjid dan rumah ibadat lain secara nisbah penganut agama masing - masing , masjid yang dibina adalalanya masih belum cukup untuk menampung jemaah yang ada di sesebuah tempat.

Nga harus merenung dan berfikir , masjid digunakan secara sepenuhnya sepanjang hari . paling kurang pun , 5 kali sehari semalam yang melibatkan masjid di seluruh Tanah Air.. Bolehkah Nga memberikan mana - mana rumah ibadat lain yang turut digunakan seperti mana masjid . malah masjid adalah pusat untuk mengimarahkan rasa saling hormat dan mengenali sesama masyarakat . Saya percaya fungsi dan penggunaan masjid setiap hari adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding rumah ibadat lain dan melibatkan jumlah kehadiran yang juga jauh lebih tinggi .


Nga harus faham dan menyelidik fakta ini . Bukan dengan menghentam sesuka hati tanpa melihat fakta sebenar . Nga boleh membina seberapa banyak rumah ibadat lain yang dia fikir perlu , tetapi mampukah Nga memastikan rumah ibadat yang dibinanya itu mampu berfungsi seperti mana masjid milik orang Islam ? Kerajaan BN sudah memikirkannya dan pemimpin kaum lain seperti MCA , MIC terutamanya tidaklah sebodoh yang Nga fikirkan . Mereka faham soal fungsi masjid dan keperluannyua kepada penyatuan umat Islam demi kebaikan negara ini .


Jadi...... Nga jangan KURANG AJAR !!!!!

Selasa, 8 Disember 2009

Pertahankan BTN

Isu Biro Tatanegara begitu kuat bertiup dalam sehari dua ini . Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong memberitahu bahawa BTN mendapat peruntukkan sehingga 74 juta semata - mata untuk meningkatkan semangat perkauman . Bagi saya , jangankan 74 juta 740 juta sekali pun DAP dan Ching Tong tidak ada hak untuk mempertikaikannya , kerana BTN diwujudkan untuk membina siasah dan jati diri terutamanya orang Melayu . BTN membina orang Melayu supaya lebih sensitif dengan ekonomi , sosial , agama dan persaudaraan dalam negara ini . Saya sendiri lahir dari kilang BTN sebelum diberikan peluang untuk menjadi pemimpin pemuda di bahagian .
Adalah amat kurang ajar lagi bila Ahli Parlimen Ipoh Barat ,M Kulasegaran turut mempertikaikan tentang ketuanan Melayu . Kedua - dua Yang Berhormat DAP ini cuba menyemarakkan isu perkauman apabila mereka dengan terbuka menghina orang Melayu . Apakah tafsirannya kepada mereka ini selain daripada meraka sendirilah yang mengobarkan isu perkauman di negara ini . Pernahkah pemimpin politik UMNO ( yang DAP katakan lahir dari kilang BTN ) yang mencabar sesiapa atau mana - mana kaum di Malaysia ini atas dasar perkauman .
Malah sejak kebelakangan ini , kaum - laum lain yang lebih menjadi -jadi mengapi - apikan isu perkauman sedangkan Orang Melayu terus bersifat defensive . Saya tidak teragak - agak dan amat aykin bahawa pemimpin - pemimpin DAP ini sebenarnya lahir dari kilang komunis . Kerana itulah mereka melihat bahawa perpaduan orang Melayu adalah ancaman kepada survival politik mereka . Mereka seolah tidak pernah takut kepada Orang Melayu , malah mendendangkan lagu - lagu yang sentiasa menghina orang Melayu .

PERINGATAN KEPADA DAP !!!!!!

MELAYU PENDUDUK ASAL TANAH MELAYU !!!

JANGAN SESEKALI MEMPERTIKAIKAN HAK KEISTIMEWAAN MELAYU!!

ITU HAK KAMI !!!!!!

Sifat kurang ajar DAP ini harus dilihat oleh semua orang Melayu tanpa mengira fahaman politik sebagai ancaman besar kepada bangsa Melayu . Menteri - menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu bersatu menangani permainan politik terancang ini . Presiden kita akan diserang selepas ini ,semata - mata untuk menggagalkan Gagasan 1 Malaysia yang begitu besar ancamannya kepada DAP dan rakan - rakan pakatan haramnya . BTN adalah sasaran utama untuk mereka sebagai senjata bagi menampakkan UMNO tidak jujur . Memang cukup biadab parti berasaskan komunis ini !! BTN lah yang sebenarnya terus membenarkan mereka dapat berpolitik dalam sistem demokrasi dengan lebih sempurna . kalau tidak ... pemimpin Melayu akan jauh lebih agresif dari apa yang mampu dilihat hari ini . Melayu menjadi lebih cintakan keamanan Tanah Air daripada bertumpah darah mempertahankannya..........
Fikirlah wahai DAP..!!!!

Selasa, 1 Disember 2009

Bersama kru Rancangan Astro Di Kpg Repoh

Esok 2 Dis 2009, kru dari sebuah production house dibawah Astro akan mengadakan satu program di Kpg Repoh Batu Kurau. Sejak dua hari yang lalu, saya bersama beberapa AJK pemuda bahagian sibuk menguruskan persiapan program yang akan ditayangkan di Astro Warna bermula 4 Dis ini. Saya dihubungi oleh seorang kenalan untuk mencari lokasi penggambaran program tersebut beberapa minggu yang lalu. Mereka memerlukan sebuah kawsan kampung yang mempunyai produk durian dan persekitaran yang menarik. Saya tidak menafikan bahawa masih terdapat banyak kawasan kampung di Larut yang mempunyai pemandangan dan durian, malah ada sesetengah tempat yang lebih menarik dari Kpg Repoh sendiri. Namun memandangkan lokasinya yang dekat dengan bandar Taiping, saya mencadangkan Kpg Repoh. Insyaallah, sekiranya saya diminta untuk mencadangkan lokasi lagi untuk penggambaran, saya akan mencadangkan kawasan lain agar semua masyarakat akan dapat merasai kemeriahan bersama kru penggambaran dan artis popolar.

Esok dianggarkan seramai 50 orang kru termasuk bintang terkenal seperti Aflin Shauki, Nabil, Zizan, Harun Salim Bachik dan lalin - lain akan berkampung disekitar Kampung Repoh dari pagi hingga ke malam. Pelbagai acara akan dirakamkan yang turut membabitkan 'bintang - bintang' dari kawasan kita! Acara termasuk, mengutip durian di kebun, memasak makanan berasaskan durian seperti serawa dan 'chok kodok durian'. Pada sebelah malamnya akan diadakan pertunjukan oleh penduduk tempatan dan artis - artis tersebut , seperti boria dan sebagainya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung / Ketua Cawangan Repoh En Ramli Baharin dan Ketua Pemuda Cawangan Sdr Nor Hishan yang bertungkus lumus dan sanggup menerima kampung mereka sebagai lokasi rakaman. Juga kepada seluruh JKKK dan penduduk Kampung Repoh yang terlibat. Kepada Kru production, Pemuda Bahagian mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi memlih Larut untuk dijadikan lokasi rakaman rancangan mereka. Mudah - mudahan semuanya berjalan lancar esok. Saudara semua dijemput datang beramai - ramai untuk sama - sama memeriahkan acara di kampung kita.

Isnin, 30 November 2009

Doa..Antara Kehendak Islam Dan Nik Aziz

Tiba - tiba kita tersentak lagi dengan kenyataan tok guru besar dari negeri yang kononnya serambi Mekah ; Kelantan . Pening saya apabila memikirkan bagaimana seorang yang dikatakan begitu tinggi pengetahuan agama Islamnya boleh mengeluarkan kenyataan sanggup mendoakan seorang saudara seagamanya ( Perdana Menteri Malaysia ) supaya ditimpa musibah jika tidak memberikan wang royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan . Amat malang para pengikut Pas apabila memiliki seorang Mursyidul Am yang bersifat sebegini . Saya risau , pasti ada dikalangan pengikut , pemimpin , malah orang kiri dan orang kanan tok guru sendiri nanti yang akan didoakan agar ditimpa musibah hanya kerana tidak mahu mengambil selipar tok guru ! Begitu mudah jiwa seorang pemimpin seperti Nik Aziz untuk mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang amat bertentangan dengan apa yang dibawa dan diamalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Malah Allah SWT juga boleh dianggap tok guru sebagai turut mempunyai sifat ' samseng ' !!!
Kalau nak jadi stategis penyelamat / pengekal / sang penyelamat pemesongan minda penyokong Pas pun , jangan lah sampai Islam pun hendak dimanipulasi habis - habisan .
Terfikirkah kita , apakah yang perlu dijawab oleh insan - insan seperti ini apabila berhadapan dengan Allah SWT di Hari Kebangkitan nanti bila ditanya tentang kenyataan mereka yang amat mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran Agama Suci Islam ? Mampukah mereka mempersendakan Tuhan Penguasa Di Hari Pembalasan nanti dengan 'lawak bodoh ' mereka '? Bagi saya yang tidak berlatar belakangkan pengajian Islam ini pun , amat jelas Nik Aziz telah jauh bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad . Rasulullah yang dihina , dicederakan hingga luka dan berdarah oleh orang kafir sekali pun , masih mendoakan agar orang jafir tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT . Inikan pula seorang Negarawan dan Pejuang bangsa seperti Dato Seri Najib yang merupakan seorang Muslim , bagi Nik Aziz , Najib layak untuk didoakan supaya ditimpa musibah . Fikirlah wahai saudara - saudaraku dalam Pas , nak ikut Rasul atau nak ikut Nik Aziz !!????
Bagi yang fanatik , berbuih mulut , berkajang tulisan kita sekali pun , Nik Aziz tetep betul dengan seribu satu alasan dan teori dalil mereka .
Rakyat mengharapkan Nik Aziz untuk menjadi seorang ulama yang membina rakyat dan bukan hanya penyokongnya sahaja . sebagai seorang Menteri Besar , Nik Aziz bukan sahaja bertanggungjawab kepada pengikut Pas tetapi kepada seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia amnya . Sebagai orang tua , Nik Aziz perlu menjadi tauladan kepada seluruh generasi muda hari ini . Mungkin kalau saya sebut mengenai rasuah dan sumbangan bagi Nik Aziz adalah sama saja ..Ramai pengikut Pas pasti melenting......!

Ahad, 15 November 2009

Banjir Di Selama Terburuk Dalam Tempoh 13 Tahun

13 Nov. Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun . Saya telah pergi melawat ke sekitar kawasan yang terlibat bersama - sama ahli parlimen . Terlalu banyak kerugian dan kemusnahan telah dialami oleh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kali ini . Saya dan YB Dato Hamzah yang pergi melawat ke beberapa rumah turut sempat melihat sebuah rumah di Kpg Tapah yang runtuh kerana dilanda arus deras banjir . Mujurlah tuan rumah tersebut sempat terjun dan menyelamatkan diri. begitu pun sebahagian rumahnya ranap menyembah bumi .
Sebuah jambatan gantung di Sg Seputeh juga turut musnah sama sekali akibat arus deras sungai . YB Dato Hamzah telah mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan berkenaan di uruskan segera oleh Jabatan Saliran Daerah . Saya percaya lebih 300 keluarga yang terlibat dengan banjir , walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipindahkan . Menurut rakan - rakan di Selama , mereka terpaksa berenang ke sebuah rumah warga tua untuk menyelamatkannya daripada dihanyut arus banjir pada awal pagi khamis . Tahniah dan syabas atas kesungguhan mereka menyelamatkan ramai keluarga yang tiba - tiba diterperangkap dalam banjir yang naik mendadak .
YB Dato Daud juga hadir pada malam kejadian , saya difahamkan beliau hanya pulang pada jam 6 pagi tadi . Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian Larut , saya sempat menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga dan pusat perpindahan yang dibuka . Insallah , Pemuda UMNO Bahagian akan terus membantu seberapa yang mampu kepada mangsa banjir dari masa ke semasa .
Kerajaan BN sekarang sedang mengkaji kaedah yang perlu untuk menghalang banjir ini dari berulang . Perbelanjaan dianggarkan melibatkan puluhan juta ringgit demi kesejahteraan rakyat. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah swt , agar bencana seperti ini tidak lagi melanda kawasan kita .

BANJIR DI SUNGAI BAYOR



















Isnin, 9 November 2009

Gotong Royong Perdana di Teluk Mas

8 Nov 2009 , Pemuda UMNO Bahagian dan Ahli Parliman serta ADUN Selama telah bersama - sama dalam program gotong royong di Teluk Mas . Program ini adalah lanjutan daripada program Pemuda Prihatin yang telah dibuat beberapa minggu lalu di DUN Batu Kurau . Namun kali ini program tersebut menjadi lebih meriah apabila Ahli Parlimen YB Dato Hamzah Zainuddin turut serta menjayakan program tersebut dengan beberapa aktiviti oleh Ahli Parlimen sendiri . YB Dato Mohamad Daud , ADUN Selama juga turut hadir memberikan sokongan.
Program Pemuda Prihatin seperti biasa melibatkan kepada membaiki rumah penduduk kampung . Alhamdulillah , selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri Perak melalui Pemuda Bahagian , Ahli Parlimen dan ADUN selama turut menyumbang untuk pembinaa rumah tersebut . Selain daripada membaiki rumah , program turut melibatkan gotong royong membersih tanah kubur , melawat mangsa kebakaran dan beberapa pusat perkelahan di sekitar Ulu Selama . Lebih 300 Pemuda terlibat dalam program tersebut selain penduduk kampung dan sekitar .
Apa yang menarik dari program tersebut ialah seramai 150 ahli baru menyerahkan borang UMNO kepada YB Dato Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia . Sebahagian besar dari ahli baru ini adalah bekas ahli Pas cawangan teluk Mas , termasuk ketua pemuda Pas cawangan , Tim Ketua Pas cawangan dan kepimpinan Pas di kawasan tersebut . Turut diadakan adalah sumbangan beras kepada warga emas di kampung Teluk Mas. YB Dato Hamzah juga telah bermurah hati menyumbangkan 2 ekor lembu untuk hari raya korban ini kpd masyarakat Teluk Mas . Mudah - mudahan perjuangan UMNO akan semakin difahami oleh masyarakat larut . Tahniah kepada YB Dato Hamzah diatas usaha keras menawan hati masyarakat Teluk Mas yang pada satu ketika terlalu taksub kepada Pas . Hari ini , mereka semakin menyenangi UMNO dan difahamkan lebih ramai yang akan menyertai UMNO selepas ini . Saya dan rakan AJK pemuda bersama Ahli Parlimen sempat melawat beberapa penduduk kampung yang uzur , termasuk menziarah Sdr Setiausaha Pemuda cawangan Sg Seputeh yang kemalangan beberapa hari yang lalu di rumah beliau di Kpg sg seputeh . Terima kasih kepada pengerusi Pemuda zon A Sdr Md Saad , Ketua Pemuda Sg Seputeh yang juga AJK PPUBL Sdr Fendi dan Ketua Pemuda Teluk Mas Sdr Norazman Hussin dan seluruh AJK PPUBL serta warga pemuda Teluk Mas dan Sg Seputeh , semoga Allah swt membalas kebaikan saudara - saudara sekalian .
Pemuda Bahagian akan mengadakan program yang sama di zon G dan sekitar DUN Kubu Gajah tidak lama lagi . Tunggu kehadiran kami . Salam perjuangan .

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
PEMUDA UMNO LARUT BERSAMA DATO' HAMZAH
DALAM PROGRAM PEMUDA PERIHATIN
(8 NOVEMBER 2009 - AHAD - 9.00 PAGI - TELUK MAS, SELAMA)












Selasa, 3 November 2009

Anwar oh Anwar..

Brother Anwar (BA) terus bermain kong kali kong lagi berhubung dakwaan kes liwat ke atasnya oleh Saiful. Entah sampai bila pulak kes ini akan dipersendakan oleh Anwar. Hari ini, mahkamah menetapkan bahawa 23 Nov ini sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan kes tersebut ke atas dirinya.
Penyokong PKR/Pas/DAP harus sedar tentang perkara ini dan mainan Brother Anwar untuk membatalkan tuduhan terhadapnya. Kenapa BA tidak berusaha untuk memastikan prosedur mahkamah akhirnya dapat mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah sahaja? Kenapa mesti memohon supaya ianya dibatalkan? Seperti kata orang tua - tua , berani kerana benar, takut kerana salah. BA pasti ada jawapannya sendiri. Kak Wan Azizan juga tidak ketinggalan untuk turut sama menasihatkan suaminya yang tercinta untuk 'masuk ' saja ke mahkamah dan 'berjuang' mempertahankan kebenaran yang dikatakan berpihak kepada BA.

Laungan Pakatan pembangkang supaya sistem kehakiman di negara ini sentiasa diberikan kebebasan untuk menjalankan tanggungjawabnya, tidak mampu dilakukan sendiri oleh BA sendiri. Lantas apakah yang akan terjadi kepada negara kita sekirannya BA menjadi Perdana Menteri nanti? Negara kita akan menjadi bahan persenda negara lain di seluruh dunia, keyakinan kerajaan dunia luar untuk berurusan dengan kita demi kebaikan ekonomi negara turut juga akan terhakis. Lantas, bangsa Melayu yang hari ini sedang berlumba dengan kaum lain di negara ini akan terus tertekan dan ketinggalan. Ditambah pula dengan fahaman republik yang dibawa oleh BA dalam perjuangannya kini , Melayu pasti tidak mampu diselamatkan lagi.

Fikir - fikirlah wahai para pengundi dan rakyat Malaysia. Marilah sama- sama kita berdoa dan berusaha agar pemimpin dan parti hipokrit seperti gabungan pembangkang tidak ditakdirkan Allah swt untuk memerintah negara kita.

Teringat saya kepada jenaka seorang sahabat semalam... PKR - Pu...g Kena Ready.... entah lah .. tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata .