BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 16 September 2009

Ketua Pemuda Cawangan Ke Persidangan Bahagian?

Cadangan PPU malaysia agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dipilih secara otomatik ke persidangan UMNO Bahagian masing - masing adalah satu cadangan yang amat baik dan perlu diluluskan dalam pindaan perlembagaan parti Oktober ini . Tiba - tiba saya teringat kepada pertemuan saya dengan YB KJ di Kuala Lumpur semasa kempen pemilihan parti baru - baru ini. Saya bersama sdr Effendi Teridi NKP Larut dan Sdr Saiful Nizam PSU Pemuda Larut sempat berbual bersama YB KJ dan salah satu dari usaha beliau sekiranya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia , beliau akan mencadangkan agar Ketua Pemuda Cawangan mendapat pengiktirafan sebagai perwakilan tetap ke Persidangan UMNO Bahagian . Justeru dengan cadangan ini , saya nampak bahawa Sdr YB KJ sedang berusaha untuk mengotakan janji beliau. Syabas saya ucapkan dan PPUB Larut akan memberikan sokongan sepenuhnya keatas cadangan ini di Perhimpunan Agung nanti .
Ketua Pemuda cawangan( KPC ) seharusnya mendapat pengiktirafan ini , kerana mereka mewakili golongan muda di cawangan masing - masing . Dalam sistem perlembagaan parti yang diamalkan selama ini , dikalangan KPC tidak ramai yang berjaya dipilih untuk mewakili cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian . Ini menjadikan golongan KPC seolah - olah terpinggir dari arus kepimpinan bahagian . Begitu juga dengan kepimpinan sayap lain termasuk wanita dan puteri . Oleh kerana itu , saya amat tertarik dengan cadangan ini . Golongan muda terutamanya Pemuda dan Puteri akan merasa lebih dihargai dan akan meningkatkan motivasi diri mereka untuk lebih melibatkan diri dalam arus politik bahagian dan sekalugis dapat melahirkan generasi pemimpin pelapis yang lebih matang dan berkualiti melalui pendedahan sedemikian .
Satu ketika dahulu , Ketua Pemuda UMNO Bahagian juga tidak dipilih secara otomatik ke Perhimpunan Agung UMNO(PAU) . Namun setelah pindaan perlembagaan yang membenarkan ketua - ketua sayap dipilih secara otomatik ke Perhimpunan Agung UMNO ,barulah ketua - ketua sayap ini secara keseluruhannya dapat menghadirkan diri ke PAU. Bagi saya tidak ada bezanya antara Ketua Pemuda Bahagian ke PAU dan Ketua Pemuda Cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian . Langkah ini akan membawa sayap parti setapak lagi ke hadapan dalam arus perdana politik tanah air . Kematangan politik generasi muda hari ini perlu dimulakan dengan pendedahan demi pendedahan . Insallah , satu hari nanti kita akan mempunyai kepimpinan di peringkat cawangan yang setaraf dengan kepimpinan di peringkat bahagian dan pusat . Masing - masing berfungsi di peringkat masing - masing untuk membela Agama , Bangsa dan Negara . UMNO akan menjadi semakin kuat dan kembali dipandang relevan oleh generasi muda sebagai wadah perjuangan . Peluang ini ( pindaan perlembagaan ) harus digunakan oleh semua ayap parti untuk meyakinkan PAU nanti , bahawa cadangan ini dalah yang terbaik dan perlu diluluskan sekiranya UMNO mahu melihat generasi muda UMNO semakin dekat di hati rakyat. Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Sdr KJ . Mudah - mudahan Allah SWT akan memberikan petunjuk kepada kita dalam memastikan UMNO kembali diterima majoriti rakyat dan sentiasa mendapat rahmat daripadaNya.

1 ulasan:

  1. Tuan ...
    Ketua Bahagian kita nie AJK Pemuda pun dia tak kenai lagiii....

    BalasPadam