BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 30 Oktober 2009

Perbalahan Pas - Terjemahan Melayu Parasit

Perbalahan Pas kini semakin memeningkan para penyokong setia parti itu. Kalau sebelum ini, Pas dilihat sebagai parti yang sentiasa bertolak ansur dan jauh daripada perebutan kuasa, tetapi kini tindakan dan pertelingkahan Pas jauh lebih buruk daripada apa yang pernah dilalui oleh Parti tertua di Malaysia, UMNO. Jelas kini bahawa ada di kalangan kepimpinan Pas amat takut kepada sikap tolak ansur dan persaudaraan sesama Islam. Sehinggakan bila ada dikalangan pemimpin mereka yang mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO, mereka akan beria - ria menolaknya.

Menjalinkan persaudaraan dengan UMNO hanya akan melemahkan Pas. Dari sudut persepsi politik, para penyokong akan lebih terdedah kepada kebaikan dan sifat persaudaraan tulen dalam UMNO. Golongan ini didalam Pas sudah menyedari bahawa selama ini parti mereka terus hidup kerana mereka saban masa menanam kebencian kepada UMNO/BN. Justeru menjalin persaudaraan dengan UMNO akan menghakis kebencian penyokong mereka kepada UMNO dan sekaligus menyukarkan mereka mempertahankan pengaruh dan kedudukan. UMNO dilihat lebih relevan kepada rakyat yang mahu berfikir dan tidak agresif dalam menjana pengaruh politiknya. Permuafakatan dengan Pas tidak akan menjejaskan UMNO walau sedikit pun. Malah Pas melihat bahawa permuafakatan dengan UMNO/BN akan menambah kekuatan UMNO dan menghakis pengaruh Pas.

Pas tidak akan dapat menghentam UMNO lagi sekiranya mereka bersaudara dengan UMNO. Tanpa menghaentam UMNO, populariti parti akan jatuh menjunam. Malah kelangsungan itu akan terus-menerus menambahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada UMNO. Sedangkan UMNO tidak perlu mengubah walau seinci pun corak perjuangan dan pentadbirannya, kerana UMNO sememangnya berjuang dengan cara yang bersih dan ikhlas demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Golongan anti persaudaraan ini lebih rela untuk bersama DAP/PKR yang terang - terangan tidak sealiran dengan pendirian dan perjuangan mereka selama ini. Kalau mereka merasakan bahawa parti - parti itu bersih, PKR sendiri adalah serpihan daripada petualang di dalam UMNO. Mereka yang menyertai PKR adalah mereka yang telah kecewa dengan UMNO. Kecewa kerana UMNO tidak dapat memberikan kekayaan dan kemewahan kepada mereka. Lantas melompat menyertai PKR walau pun mereka sedar bahawa PKR juga tidak dapat memberi apa - apa kepada mereka. Namun perasaan kebencian dan marahi telah membuatkan mereka sanggup melakukannya. Akhirnya berlakulah longgokan semakin banyak Melayu Parasit di dalam PKR.

Kembali kita kepada tragedi dalam Pas. Seperti dalam artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, bahawa sejarah menunjukkan bahawa Melayu parasit tidak akan mampu bertahan dengan kekayaan, jumlah yang semakin besar dan banyak serta kuasa yang berlebihan. Apa yang berlaku di dalam Pas hari ini adalah terjemahan tentang kewujudan Melayu Parasit di dalam parti mereka. Semasa parti berada pada kedudukan 'cukup makan ', mereka ini tidak pernah kelihatan langsung, tetapi akibat pertambahan kuasa dan penyokong, mereka mula menunjukkan sikap mereka yang sebenar. Mempertahankan kepentingan sendiri walau terpaksa mengadaikan maruah bangsa.

Lupakah kita bahawa Pas adalah sebahagian daripada pengasas bersama Barisan Nasional selepas pilihanraya 1969. Kenapakah pada ketika itu mereka sanggup untuk bersama dengan UMNO/BN. Jawapannya kerana mereka tidak sekuat dan besar pengaruhnya seperti hari ini. Justeru berpakat dan bersama dibawah BN adalah pilihan yang terbaik demi kepentingan Melayu. Namun sayangnya, pada hari ini apabila ada dikalangan kepimpinan Pas yang cuba untuk menghidupkan kembali permuafakatan bersama UMNO, ulama besar mereka bermati - matian menolaknya. Nik Aziz sedar tentang kelemahan Pas dan kewujudan Melayu Parasit ini dalam Pas/PKR. Penyatuan dengan UMNO akan melemahkan virus parasit ini. Mereka mungkin akan menjadi statik dan ini akan melemahkan parti untuk terus 'memaksa' penyokong mereka bertahan bersama parti. Nik Aziz memang seorang politikus yang licik, beliau amat menyedari keupayaan parti dan bagaimana untuk terus menghidupkan partinya. Nik Aziz tidak pernah nyanyuk apatah lagi gila, beliau adalah strategis dan komanden terbaik yang pernah Pas miliki. Tindakan - tindakanya adalah menifestasi dan kelangsungan daripada apa yang telah ditanam dalam kotak perjuangan Pas selama ini. Terus mempertahan dan membela seberapa ramai Melayu Parasit kekal didalam parti, kerana itulah survival Pas untuk perjuangan mereka.

Layakkah kita sebagai Melayu yang mencintai keamanan, kestabilan, keadilan, kemakmuran dan sebagainya untuk membiarkan Pas mempersendakan bangsa. Saya melihat bahawa Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, bijak menangani kebijaksanaan Nik Aziz.

2 ulasan:

  1. salam....


    sebenarnya dalam pas kini ada 2 golongan, 1 golongan pro perpaduan dan 1 lagi golongan pro pr. pertembungan 2 golongan ini menyaksikan keputusan pemilihan pucuk pimpinan pas dalam muktamar baru-baru ini. kalau dilihat senario kepimpinan pas yang baru ini rata-rata adalah dari golongan pro perpaduan. golongan pro pr (orang nik aziz) ramai yan kalah.. jadi tok guru cuba untuk gunakan pengaruhnya untuk menentang sebarang bentuk perpaduan melayu yang sememangnya akan merugikan "political mileage" pas pada masa hadapan.

    biar melayu berpecah belah, biar melayu merempat, biar melayu dihina dan agama dipersendakan asalkan political mileage pas tidak tergugat.. itulah sebenarnya perjuangan beberapa pemimpin pas hari ini.

    wasalam..

    BalasPadam
  2. salam....


    selepas pru12 dan pr berjaya menakluki beberapa negeri termasuk perak (beberapa bulan) pas menguasai 2 negeri secara total iaitu kelantan dan kedah. mana dia pemerintahan islam..? di kedah sehingga kini tiada tanda-tanda pemerintahan islam secara total akan dilaksanakan sebagaimana diwar-warkan di dalam ceramah-ceramah sebelum pru12.

    kepimpinan pas terpaksa menyembunyikan hasrat untuk menegakkan pemerintahan islam bagi menjaga hati rakan pakatan tetapi dalam ceramah-ceramah dikampong-kampong yang tidak melibatkan kehadiran wakil pakatan termasuk di mimbar-mimbar jumaat masih lagi kedengaran tentang penubuhan negara dan pemerintahan islam. ini bagi memastikan sokongan orang kampong tetap kekal kepada pas, jika tidak disebut takut nanti penyokong akan bertanya apa jadi dengan perjuangan penubuhan negara islam pas yang menjadi agenda utama pas sejak dahulu

    sekitar tahun 80an amanat "haji hadi" amat berpengaruh kepada penyokong-penyokong pas. amanat tersebut antara lain menyatakan halal darah orang umno keran berkawan dengan kafir. selain itu, sembelihan orang umno haram dimakan, pasangan yang dinikahkan oleh jurunikah orang umno perlu dinikahkan semula kerana bimbang anak yang akan dilahirkan kelak menjadi "anak haram" malah sembahyang berimamkan imam pro umno tak sah dan perlu besembahyang semula maka berlaku lah sembahyang 2 imam.

    semua catatan di atas bukan ciptaan penulis tetapi apa yang berlaku adalah apa yang sebenarnya berlaku dan ianya sebahagian dari lipatan sejarah perbalahan umno-pas, itu belum lagi disingkapkan tragedi berdarah di memali, baling kedah pada disember 1986 susulan dari amanat haji hadi...

    hari ini semuanya senyap dan persahabatan islam-kafir telah halal dan orang yang mengkafirkan umno kerana berkawan dengan kafir kini dilihat berpelukkan dengan orang kafir yang terang-terang menentang islam. jika dulu ada fatwa menyatakan mengundi calon kafir dari bn adalah haram tetapi kini demi pakatan calon-calon kafir harus diundi asalkan bn tumbang jika tidak masakan calon bukan islam dari pkr dan dap boleh menang banyak kerusi...?

    cuba kita renungkan sejenak..... adakah perjuangan politik pas ini ikhlas untuk menegakkan agama islam..? ataupun perjuangan mereka hanya untuk melihat melayu-umno kehilangan kuasa..?

    fikir-fikirkan.......


    wassalam

    BalasPadam